Anak adalah anugerah paling berharga. Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan mereka membesar sihat, cerdas, dan berjaya. Tetapi, realiti yang berlaku kini amat membimbangkan – semakin ramai kanak-kanak Malaysia mengalami masalah kesihatan yang berpunca daripada pemakanan tidak seimbang.
Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2022 menunjukkan 4 fakta statistik yang mengejutkan:
- 21.2% kanak-kanak terbantut – 1 daripada 5 kanak-kanak tidak mencapai ketinggian ideal untuk usia mereka.
- 46.5% mengalami anemia – Hampir separuh kekurangan zat besi, menyebabkan keletihan dan kesukaran fokus di sekolah.
- 15.3% kekurangan berat badan – Tidak cukup zat untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
- 16.2% berlebihan berat badan & 14.3% obes – Risiko tinggi diabetes dan penyakit kronik sejak kecil.
Kenapa Masalah Pemakanan Kanak-Kanak Semakin Kritikal?
Masalah ini bukan sekadar genetik, tetapi berpunca daripada kekurangan nutrisi dan gaya hidup tidak sihat. Jika tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap tumbesaran, prestasi akademik, dan keyakinan diri.
Cuba bayangkan anak kita dalam jangka masa 10 atau 20 tahun akan datang. Adakah kita pasti mereka akan membesar dengan sihat, cerdas dan bertenaga atau dibelenggu masalah kesihatan yang menjejaskan masa depan mereka?
Kanak-Kanak Terbantut
- Bukan hanya lebih kecil saiznya, tetapi juga berisiko prestasi akademik rendah.
- Kurang keyakinan diri kerana tidak dapat bersaing di sekolah.
Berisiko menghadapi masalah kesihatan kronik di masa depan.

Anemia & Kesan kepada Pembelajaran
- Mudah letih, lesu dan tidak bermaya.
- Sukar fokus dalam kelas dan sering jatuh sakit.
- Prestasi sekolah terjejas akibat kekurangan zat besi yang penting untuk otak.
Cara atasi anemia pada kanak-kanak
Ambil makanan kaya zat besi seperti bayam, hati ayam, dan ikan.
– Pastikan cukup vitamin C untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
– Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang menghalang penyerapan zat besi.
Obesiti & Risiko Penyakit Kronik
- Dahulu diabetes dan darah tinggi hanya menyerang orang dewasa, tetapi kini kanak-kanak juga mengalaminya!
- Kanak-kanak obes berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan strok seawal usia remaja.

Bagaimana mengelakkan obesiti sejak kecil?
– Kurangkan makanan bergula & tinggi lemak.
– Galakkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 1 jam sehari.
– Kawal waktu makan & saiz hidangan yang sihat.
Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan?
Pastikan Diet Seimbang
- Sumber protein tinggi seperti ikan, ayam, telur & kekacang.
- Sayur-sayuran & buah-buahan setiap hari.
- Kurangkan makanan diproses & tinggi gula.
Pilih Suplemen yang Sesuai
- Multivitamin yang mengandungi zat besi, kalsium & omega-3.
- Produk seperti Mindtropic & Reverse membantu kesihatan otak & tenaga.
Galakkan Aktiviti Fizikal
- Hadkan penggunaan gadget & skrin.
- Biasakan aktiviti seperti berbasikal, berenang atau bermain di taman.
Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Berkala
- Periksa status kesihatan & pemakanan anak dengan doktor.
- Pastikan imunisasi & vitamin mencukupi.
Kesimpulan: Masa Depan Anak Terletak di Tangan Kita
Realiti status pemakanan & kesihatan kanak-kanak di Malaysia kini amat membimbangkan. Jika dibiarkan, mereka mungkin menghadapi masa depan yang lebih sukar dengan masalah kesihatan yang berpanjangan.
Sebagai ibu bapa, kita memegang amanah untuk memastikan anak-anak membesar sihat, kuat & cerdas. Jangan biarkan kelalaian hari ini menjadi penyesalan esok.
Mulakan langkah perubahan sekarang!

Apa pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan pandangan & pengalaman anda di ruangan komen!