Demi Generasi Masa Depan #YayasanEskayvie

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Ingatlah, dalam setiap rezeki yang kita perolehi adanya hak orang lain yang perlu dilunaskan.

Kali ini Yayasan Eskayvie telah menjejakkan kaki ke Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Pinang, Klang untuk program santai dan ramah mesra. Kehadiran kami disambut anak-anak ini dengan wajah ceria dan sinaran mata penuh pengharapan. 

Doa kami di Yayasan Eskayvie, semoga anak-anak ini membesar sebagai insan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat serta beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

#YayasanEskayvie

Scroll to Top