kurus

Ubat Kurus Yang Selamat, Wujudkah?

Trend pengguna di Malaysia inginkan produk yang berkesan dalam tempoh singkat. Terutamanya pada mereka yang obses untuk kurus dan mengambil ubat kurus.

Bagi penghidap Diabetes, menurunkan berat badan adalah satu perkara yang positif. Tetapi ia bukanlah dengan mengambil ubat kurus.

Persoalannya adakah ubat kurus yang selamat?

Satu penemuan, dengan mengamalkan Svetol sejenis bahan berjenama yang berasaskan Green Coffee yang dikatakan mempunyai ekstrak asid klorogenik yang dikatakan membantu membakar lemak.

Dr Oz dalam satu rancangan televisyen telah melakukan uji kaji secara live yang mana penonton telah dibahagikan dua iaitu mereka yang telah diberikan Svetol dan juga tidak diberikan Svetol.

Selepas dua minggu, ujian menunjukkan mereka yang diberikan Svetol (green coffee) mampu menurunkan berat badan sebanyak 1 paun ataupun 0.6 kg (setengah kg).

Green coffee memang berkesan untuk menurunkan berat badan tetapi ianya berlaku dalam kadar yang perlahan. Di sini menunjukkan tiada jalan pintas untuk kurus.

Ada sesetengah Green Coffee yang telah dicemari dengan sibutramine iaitu sejenis ubat kurus yang boleh memberikan kesan sampingan kepada pengguna.

Antara kesan sampingannya ialah;

  1. Jantung akan berdenyut laju
  2. Mulut menjadi kering
  3. Sukar untuk tidur
  4. Susah untuk membuang/penghadaman
  5. Jika digunakan secara berterusan ia akan menyebabkan masalah KEMURUNGAN
  6. Boleh merosakkan hati dalam masa 2-3 hari sahaja

INFO PENTING: Sibutramine ini juga telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dan anda harus waspada dengan ubat kurus yang boleh memberikan kesan yang cepat.

Langkah sebaiknya adalah dengan menjaga diet, bersenam dan kurangkan pengambilan kalori. Ingat, tiada jalan pintas untuk kurus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top