

2.Gunakan cool fever atau letak kain basah biasa untuk sejukkan kepala. Lagi satu, bila demam ini badan akan jadi panas, jadi elakkan daripada menggunakan selimut yang tebal, sebab badan perlu keluarkan haba, takut nanti jadi overheat pula.
3.Kalau nak lap badan, tak perlu guna air ais, cuma perlu guna air pada suhu bilik atau air biasa sahaja. Sebab kalau kita guna air ais, kanak-kanak yang demam tadi akan jadi menggeletar dan ini akan menaikkan lagi suhu badan mereka.
4.Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya untuk elakkan masalah dehidrasi.
5.Pastikan suhu bilik selesa, kalau ada air cond boleh gunakan aircond
Macam mana nak elakkan demam di kalangan kanak-kanak? Ajar anak-anak untuk jaga kesihatan mereka. 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮?
1.Pakai mask
2.Jangan makan berkelompok
3.Elakkan daripada sentuh mata, hidung dan mulut kecuali kalau dah basuh tangan
4.Kerap basuh tangan
5.Bekalkan anak-anak dengan sanitizer
6.Elakkan berkongsi makanan, elakkan daripada menggunakan sudu, pinggan atau gelas yang sama
7.Galakkan atau paksa sedikit anak-anak untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran
8.Elakkan makanan ringan
9.Syorkan pengambilan makanan tambahan seperti kolostrum. Kalau suplemen kolostrum ini biasanya diambil daripada susu lembu. Walaupun susu lembu, ia masih mempunyai pengaruh imunoglobulin yang dapat memberikan perlindungan serta meningkatkan sistem imun badan anak-anak kita.

10.Dapatkan cahaya matahari sebab kanak-kanak perlukan Vitamin D. Ini kerana kekurangan Vitamin D boleh menjejaskan sistem imun badan pada bahagian paru-paru mereka.
11.Dapatkan pergerakan yang aktif
12.Amalkan probiotik seperti yogurt, tapi jangan pula ambil yogurt yang ada campuran macam-macam jenis bahan sebab dikhuatiri mempunyai kandungan gula yang tinggi.
13.Lebihkan pengambilan ikan kerana ikan ini kaya dengan omega 3. Omega 3 ini bagus untuk mengurangkan keradangan dalam badan sekaligus membantu untuk memantapkan sistem imun badan mereka.
14.Dapatkan tidur yang mencukupi
15.Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan, pastikan beri susu ibu kepada anak-anak anda.
16.Elakkan antibiotik kalau tidak perlu. Ini kerana, masalah dengan antibiotic ini adalah ia boleh membunuh kuman-kuman baik yang ada dalam usus kita dan mungkin akan menyebabkan ketidakseimbangan kuman baik yang ada di dalam usus kita, sedangkan kita tahu kuman baik dalam usus ini sangat-sangat penting untuk menjaga keharmonian sistem usus dan sistem imun badan mereka.
Bermanfaat? Kongsikan kepada rakan anda.