Makan Nasi Pun Boleh Kurus

Arus pemodenan hari ini juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah obesiti ataupun kegemukan berlaku. Di dalam beras ada mempunyai dua kanji yang berbeza iaitu kanji baik yang dikenali sebagai amylose dan kanji jahat iaitu amylopectin.

Amylose (kanji baik) ianya mempunyai rantaian kanji yang sangat stabil dan tidak mudah dihadam pada suhu yang tinggi. Manakala amylopectin pula (kanji jahat) mempunyai rantaian kanji yang tidak stabil dan bercabang-cabang. Ianya juga mudah diuraikan pada suhu sekitar 70-90oC.

Apabila ianya mudah terurai, ia akan cepat diserap ke dalam darah yang dikenali sebagai RDS (rapidly digestible starch). Amylose iaitu kanji baik pula dikenali sebagai SDS (slowly digestible starch). Jadi ianya amat penting untuk kita memilih yang SDS untuk elakkan gula cepat diserap ke dalam darah.

Rata-rata hari ini cara memasak nasi adalah menggunakan rice cooker. Letak sahaja beras, tunggu hingga nasi masak. Berbanding masa dahulu, nasi di masak dengan cara manual.

Jika kita perhatikan cara memasak dahulu, apabila nasi mengelegak ia akan mengeluarkan sejenis buih yang banyak dan buih itu akan dibuang (inilah kanji jahat). Apa yang tinggal hanyalah kanji baik yang dimakan. Namun sekarang cara memasak menggunakan rice cooker tidak lagi menggunakan kaedah seperti dahulu.

Memang agak merumitkan tetapi hakikatnya itu adalah cara memasak nasi yang betul, sihat dan selamat untuk kesihatan. Jadi pilihan ada pada diri kita sendiri.

Bermanfaat? Kongsikan pada yang tersayang.

Malay
Malay