Kencing Berbuih, Tanda Rosak Buah Pinggang?

Buah pinggang adalah salah satu organ yang paling penting dalam tubuh badan kita. Banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Justeru, pesakit buah pinggang yang serius perlu menjalani dialisis bagi membersihkan darah dari bahan toksik yang merbahaya.

3D Illustration von menschlichen Nieren mit Querschnitt

Air kencing berbuih ini mungkin boleh terjadi hasil daripada beberapa perkara. Tetapi, adakah normal apabila air kencing berbuih? Kencing berbuih ini boleh menjadi tanda anda mempunyai masalah kesihatan, terutamanya buah pinggang.

Punca lain kencing berbuih termasuklah,

  1. Kelajuan kencing
  • Air kencing berbuih jika ia terkena mangkuk tandas dengan cepat. Buih jenis ini hilang dengan pantas.
  • Dehidrasi
    • Air kencing anda akan menjadi lebih pekat jika badan perlukan air yang mencukupi. Ini menyebabkan seseorang tidak minum air yang mencukupi akan mengalami kepekatan air kencing.
  • Protein dalam air kencing
    • Satu fungsi penting buah pinggang adalah untuk menapis protein dalam darah. Protein ini melaksanakan fungsi penting dalam badan seperti mengekalkan keseimbangan cecair.
    • Sekiranya seseorang mengalami kerosakan atau penyakit buah pinggang, protein boleh bocor dari buah pinggang ke dalam air
    Malay
    Malay