Gula Betul Ke Bermanfaat?

-
0

Kini ramai manusia suka dengan benda manis. Sebagai contoh makan kek aiskrim dan sebagainya. Ramai sahaja yang tahu keburukan pengambilan gula berlebihan ni tapi ramai juga yang mengambilnya. Gula adalah salah satu punca penyakit. Tahu tak penyakit apa? Sudah semestinya penyakit kencing manis.

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan 

1. Tenaga Berlebihan

Gula yang berlebihan boleh menyebabkan tenaga berlebihan. Gula ni amat dikenali dengan bersifat “empty calorie”. Maksudnya ia mempunyai nutrisi yang rendah pada kalori yang tinggi! Jadi, pengambilan gula berlebihan sememangnya akan menyebabkan penghasilan tenaga berlebihan yang akan ditukarkan menjadi lemak jika tidak digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai rutin aktiviti yang berat yang mampu mengeluarkan peluh untuk membakar tenaga tersebut.

2. Berat badan bertambah

Punca berat badan bertambah adalah tubuh badan yang mempunyai berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan ini boleh diakibatkan daripada pengambilan gula yang terlebih banyak dan secara kerap. Jika perkara ini berterusan dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan obesiti.

3. Berisiko mendapat penyakit kronik

Gula yang berlebihan boleh menyebabkan badan kita akan dapat penyakit kronik. Gula akan menyebabkan peningkatan keradangan di dalam badan yang lambat laun akan merosakkan fungsi badan sehingga meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. 

4. Tinggi kalori

Satu sudu gula mengandungi kalori yang banyak. Ini belum ditambah lagi dengan makanan yang berkalori lain yang berlemak dan berminyak. Anda boleh bayangkan sebenarnya banyak dah kalori yang tersimpan dalam tubuh manusia yang mengambil gula dengan kerap dan berlebihan.

5. Gigi rosak

Jika anda masih ingat lagi sewaktu kecil-kecil dulu mak kita selalu marah kalau makan gula-gula. Bila mak kita marah ada sebabnya tu. Gula menyebabkan pembentukan karies gigi dan akan menyebabkan masalah gigi rosak dan sakit gigi.

Tapi bagaimana pula rasa makanan tanpa gula? Tambah-tambah bila individu tu jenis yang suka benda manis. Kebanyakan cabaran untuk berhenti makanan dan minuman manis akhirnya bertemu kegagalan.

Mengurangkan pengambilan gula adalah salah satu langkah pertama diet yang paling senang dan berkesan.  Saya yakin sebenarnya ramai yang nak kurus tapi tidak ingin mengambil risiko untuk meninggalkan gula secara drastik..

Tapi, siapa kata nak sihat tak boleh manis. Di luar sana masih banyak pemanis alternatif yang boleh memberikan rasa manis seperti gula tetapi tidak memberi kesan kepada kesihatan! Menarik kan? 

Pemanis alternatif ini juga boleh dipecahkan kepada pemanis semula jadi atau pemanis kimia. Sebaiknya pilih pemanis dari sumber semula jadi memandangkan ia mempunyai lebih banyak manfaat kepada badan. Salah satu contoh yang terbaik adalah pemanis alternatif berasaskan daun stevia.

Pilih pemanis alternatif anda dengan bijak, ia akan menentukan tahap kesihatan anda di usia tua nanti. 


oleh Eskayvie MalaysiaMore From Author
-->