KISAH KAMi

Rumahku syurgaku. Indah sekali perumpamaan terhadap tempat kediaman kita bersama yang tersayang. Tanpa kita sedari, yang di anggap syurga itu sebenarnya adalah perangkap dan memberikan ancaman kepada penghuninya. Bayangkan, sajian berkhasiat yang dihidangkan setiap hari sebenarnya mengandungi racun yang dinikmati seisi keluarga. Ikan tersalut formalin, ayam disuntik, malah sayuran cantik menghijau bersalut racun. Bukan itu sahaja, mereka yang kita kasihi juga terdedah dengan pelbagai pencemaran luaran dan dalaman. Ruang tamu yang menjadi tempat berkumpul boleh menjadi punca radiasi daripada televisyen dan peranti elektronik (gadget). Ini semua adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik. Menyedari hakikat bukan sahaja dunia malah rumah itu sendiri bukan lagi tempat yang selamat bagi kita mahupun generasi akan datang diami, maka lahirlah ESKAYVIE pada 19 Mei 2009.

Eskayvie berasal dari gabungan nama 2 orang pengasasnya iaitu Syid, Kartika dan perkataan Vie yang diambil daripada bahasa Perancis membawa maksud Hidup atau Life. Sebagai sebuah syarikat pengeluar suplemen yang telah lebih 10 tahun di pasaran, Eskayvie telah membantu meningkatkan kualiti hidup para pengguna melalui rangkaian produknya.

Setiap produk Eskayvie diformulasikan sendiri oleh pengasasnya iaitu Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri. Beliau merupakan seorang doktor berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang perubatan moden, alternatif dan anti penuaan. Memikul tanggungjawab yang besar untuk berkongsi kebaikan dan menyebar kesedaran dalam kalangan masyarakat akan betapa pentingnya untuk membina perisai dari dalam tubuh bagi melindungi diri dari ancaman pelbagai penyakit.

Kerana itulah setiap produk Eskayvie akan melalui tempoh penyelidikan selama bertahun sebelum dilancarkan. Eskayvie Redianze adalah produk pertama yang diperkenalkan. Ia mengandungi antioksidan AstaReal P2AF iaitu bahan paten bertaraf antarabangsa yang diimport dari Jepun.

Apabila kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan lebih RM2 billion bagi menyediakan keperluan kesihatan rakyat Malaysia, Eskayvie sedar betapa pencegahan dari dalaman itu amat penting dari merawat. Dari situlah datangnya idea untuk memformulasikan produk berkualiti Eskayvie Nutrelle yang mengandungi multi-fiber blend, Prebiotic FOS, Aloe Vera dan Ekstrak Teh Hijau.

Ini diikuti dengan produk Eskayvie Phytax yang dikeluarkan pada 2015. Produk terlaris di pasaran ini telah menjadi produk pilihan lebih 300,000 pengguna di Malaysia. Kepercayaan terhadap Eskayvie ini diterima hasil daripada ribuan maklumbalas positif yang dirasai oleh pengguna. Selama 10 tahun di pasaran, Eskayvie telah diiktiraf hingga berjaya mendapat pelbagai anugerah antaranya: 

  • SME CORP
  • SOBA New Inspirational Company – The Star
  • Malaysia Best Brand Certification
  • Redianze: People’s Choice Award 2014 by Guardian
  • Fuji Chemical Industry Ltd: AstaReal P2AF Achivement Award
  • Brand Experience Award 2017, ICM Bangkok
  • Best Integrated Marketing Award 2018, ICM Langkawi
  • The Great Titanium Award 2018, ICM Langkawi

Dengan kepakaran dan karisma pengasasnya serta sokongan padu pasukan yang menggenggam satu matlamat, besar harapan Eskayvie untuk melahirkan bukan sahaja rumah yang menjadi syurga idaman penghuninya malah dunia yang lebih selamat untuk didiami oleh kita dan generasi mendatang.

Scroll to Top