kerjaya

Kenalpasti Peranan, Tingkatkan Potensi Diri!

Jalani pengalaman kerjaya yang lebih bermakna melalui pengalaman dalam bidang kesihatan dan keusahawanan. Di Eskayvie, setiap individu berpeluang menikmati pembangunan kerjaya melalui inspirasi dan aspirasi bersama sistem sokongan yang kukuh. Di sini, terdapat pelbagai peranan yang bersesuaian dengan anda

kerjaya Bersama Eskayvie

Sebagai sebuah syarikat yang membangunkan visi ke arah ‘Memperkasakan Kesihatan Dan Ekonomi Ummah’, kami sangat menitikberatkan individu yang komited dan berinovatif bagi menjadikan Eskayvie terus berdaya maju. Setiap gerak kerja sentiasa diperkemaskan untuk meningkatkan tahap profesionalisme bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap jenama Eskayvie.

Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang mencukupi, kami amat mengalu-alukan individu yang berinovatif, komited, berintegriti dan berdaya saing untuk sama-sama meneraju perubahan di dalam membangunkan Eskayvie sebagai sebuah organisasi terunggul dan cemerlang di dalam profesion kesihatan bertaraf dunia.

Selain menawarkan gaji dan elaun yang bersesuaian mengikut kelayakan, pelbagai kemudahan turut disediakan di antaranya termasuklah faedah kesihatan serta peluang pembangunan kerjaya yang berterusan.

Sekiranya anda memenuhi kelayakan tersebut, Eskayvie bersedia memberikan ruang dan peluang untuk menyertai keluarga Intrapreneur Eskayvie. Hantarkan resume anda ke career@eskayvie.com serta rujuk peluang kerjaya yang ditawarkan.

JAWATAN KOSONG: KETUA BAHAGIAN JUALAN

       Peranan/Tugas:

  1. Memimpin pasukan jualan dengan menyediakan bimbingan dan latihan.
  2. Menetapkan KPI dan sasaran perniagaan. Mewujudkan rancangan jualan, menganalisis data, dan membina sebuah pasukan.
  3. Mahir mengendalikan data dan mampu memberikan kepintaran dalam komersial dan pemahaman yang mendalam tentang asas pengguna, pasaran kompetitif, dan keupayaan untuk menganalisis prestasi jabatan jualan.
  4. Menyediakan jualan, hasil, perbelanjaan dan laporan kredit dan ramalan yang realistik kepada pasukan pengurusan.
  5. Mengenal pasti pasaran baru muncul dan peralihan pasaran semasa menyedari sepenuhnya produk baru dan status persaingan.
  6. Berpengalaman dalam platform pemasaran digital dan bekerjasama rapat dengan Pengurus Besar Pemasaran mengenai strategi pemasaran pemasaran jualan.

         Kriteria:

  1. Minimum diploma atau ijazah dalam pentadbiran perniagaan atau mana-mana bidang yang berkaitan.
  2. Mempunyai pengalaman sebagai wakil jualan atau pengurus jualan, secara konsisten memenuhi atau melebihi sasaran.
  3. Menunjukkan kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan di semua peringkat organisasi.
  4. Mempunyai keupayaan dalam menghasilkan proses “closing” dengan berkesan

Sila hantarkan resume lengkap ke email: hr@eskayvie.com

TEAM TALK

Nurul Raihana Binti Ambayah

Pembantu Pengurus Jabatan Pengeluaran

“Eskayvie offers growth and career path with a huge opportunities along with a very supportive management team.”

Nooreima Binti Baharudin

Pengurus Jabatan Sumber Manusia

“Eskayvie adalah rumahku syurgaku dimana ada keluargaku didalamnya yang menuju ke arah kejayaan, kebaikan dan kebahagiaan.”

Salwany Mat Khalit

Pengurus Jabatan Kewangan

“Eskayvie adalah sebuah organisasi yang sentiasa membuka peluang yang luas untuk membina sifat kepimpinan yang tinggi dan memperkasakan bidang kepakaran kearah mencapai matlamat dan visi setiap pekerja dan syarikat.”

Mohammad Hazwan bin Rosli

Customer Care Consultant

Eskayvie adalah syarikat yang boleh meningkatkan 'self-development'. Dengan adanya 5 nilai teras Eskayvie, saya boleh menjadi insan yang cemerlang dan berjaya.

Scroll to Top