Uban Di Usia Muda

Kenapa Usia Masih Muda Tapi Rambut Sudah Beruban?

Rungsing pun ada. Hairan pun ya juga. Kenapa ada rambut uban walhal usia masih muda? Biasanya uban ni pada orang yang dah berusia sahaja.

Jom kita semak punca masalah uban pada usia yang muda.

UBAN, satu proses yang bermula dari dalaman folikel rambut. Ia bukan berlaku di bahagian luaran. Penyebabnya daripada dalaman. Ia menjadi kebiasaan bagi orang di Benua Asia, uban ni akan tumbuh pada usia lewat 30-an.

uban usia muda

Manakala jumlah uban ni pula akan bertambah sekitar 10 – 20% pada setiap satu dekad usia. Bukan dalam masa sehari dua pertambahannya berlaku. Semua ini berkisar mengenai melanocytes yang menghasilkan melanin (pigmen yang memberi warna kepada rambut) terjejas.

Ada juga yang yang menggunakan formula 50 – 50 – 50 iaitu 50 peratus populasi akan mengalami 50% rambut beruban ketika usia 50 tahun. Uban lebih sinonim dengan proses penuaan.

Jika uban berlaku pada usia muda ada beberapa faktor dan penyebab antaranya masalah genetik.

Punca uban di usia muda

Terdapat pengumpulan sejenis bahan iaitu Hydrogen Peroxide (bahan buangan daripada proses metabolisma) yang tak dapat untuk dinyahkan menyebabkan kurang penghasilan pigmen yang mewarnakan rambut. Beberapa punca penyebab kepada uban,

  1. Genetik
  2. Stres
    • Stres yang berpanjangan akan menyebabkan oksidatif stres. Badan tak dapat meneutralkan keadaan ini menyebabkan stem cell akan berkurangan atau musnah. Kualiti yang ada pada folikel rambut akan berkurangan dan berkarat.
  3. Merokok
    • Perokok mempunyai risiko 2 ½ kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok dan berisiko mendapat uban sebelum usia 30-an.
  4. Kurang nutrisi
    • Banyak kajian mengatakan vitamin B12 sangat penting untuk menyihatkan proses pigmentasi rambut. Selain itu, vitamin B6, vitamin B7 (biotin), vitamin D dan vitamin E sangat penting.
  5. Penyakit
    • Antara penyakit yang dikesan adalah masalah auto-imun iaitu sistem ketahanan tubuh menyerang badan kita sendiri. Keadaan ini berlaku bila sistem ketahanan tubuh menyerang sel yang menghasilkan pigmen yang mewarnakan rambut anda. Selain itu, penyakit tiroid juga boleh menyebabkan uban tumbuh. Sama ada hormon terlebih ataupun terkurang kedua-dua situasi ini boleh menyebabkan rambut berubah menjadi uban.
  6. Bahan kimia
    • Bahan-bahan kimia boleh didapati melalui udara, syampu, sabun dan pewarna rambut.

Bermanfat? Kongsikan bersama rakan dan keluarga anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top