EKSEKUTIF

EKSEKUTIF

“The man behind the product”

Inilah dia insan hebat di sebalik penghasilan pelbagai produk berkualiti tinggi keluaran Eskayvie. Anak tempatan berjiwa besar ini menggunakan kepakarannya selama lebih 20 tahun di dalam bidang perubatan moden, alternatif dan anti penuaan. Berbekalkan  pengalaman luas sebagai pegawai perubatan yang pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kangar, Perlis, beliau terlibat secara terus dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) perubatan.

Selaku graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan, beliau merasakan satu tanggungjawab besar untuk berkongsi kebaikan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat melalui ilmu yang diperolehi. Ia bukan satu tugas mudah kerana tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan masih sangat rendah sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM2billion bagi menyediakan keperluan kesihatan rakyat Malaysia.

Sering menekankan tentang pentingnya amalan Gaya Hidup Sihat, tidak hairanlah usaha Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri selama ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak apabila sering diundang untuk menjayakan pelbagai rancangan televisyen bagi menyampaikan pelbagai informasi kesihatan dan kecantikan. Di antaranya termasuklah Majalah 3, Bincang Petang, Wanita Hari Ini, Agro Jurnal, Nasi Lemak Kopi O, Bisnes Hari Ini, Money Tree, Medik TV dan Selamat Pagi Malaysia. Malahan beliau juga merupakan kolumnis tetap untuk pelbagai media cetak antara lain termasuklah Mingguan Wanita, Harmoni, Maskulin dan Nona.

Dr. Syid Ayob Mustafa Al-Qudri

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie | MD. VUB (Brussels) Belgium

Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut menjadi pakar rujuk untuk penyebar luasan serta pembudayaan inovasi nilai-nilai kesihatan dan kecantikan kepada masyarakat. Dengan tercetusnya idea mewujudkan komuniti sihat di FB Grup: Hidup Bahagia Tanpa Diabetes dan ruangan Facebook Tanya Dr Syid, beliau banyak berkongsi tips dan panduan kesihatan terutamanya mengenai amalan gaya hidup sihat agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Harapan besar agar usaha ini dapat menghasilkan lapisan masyarakat yang lebih peka terhadap penjagaan kesihatan yang lebih berinformatif.

“Things gonna be hard in the beginning. Messy in the middle, but gorgeous in the end,”

Lebih 10 tahun di pasaran, nama Eskayvie kini sering menjadi sebutan masyarakat. Inilah hasil usaha gigih Kartika Wati yang sering dijadikan contoh terbaik dan menjadi pilihan untuk berada di ‘hot seat’ bagi setiap program anjuran Richworks, penganjur seminar Perniagaan dan Pemasaran terbesar di Malaysia.

Memulakan kariernya sebagai seorang peguam sehingga memiliki 3 buah firma guaman, penubuhan Eskayvie pada tahun 2009 menjadi titik perubahan besar dengan pertambahan portfolio baru beliau didalam bidang kesihatan dan kecantikan. Berbekalkan pengalaman lebih 24 tahun dalam perniagaan, Kartika Wati Mohamed membawa bersama hala tuju, pengalaman dan pemikiran yang dinamik di dalam membangunkan Eskayvie secara keseluruhannya.

Puan Kartika Wati Mohamed

Pengarah Urusan Eskayvie

Eskayvie dibangunkan dengan kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk dikongsi dengan masyarakat. Melalui minat yang mendalam dan keazaman yang kuat, beliau tekad memastikan produk yang dihasilkan dikenali umum melalui pembangunan ilmu dengan adanya kaedah penyelidikan serta proses pembangunan yang bertaraf dunia. Ia satu tugas yang menuntut wanita gigih ini merancang dan melaksanakan strategi terbaik bagi mengembangkan perniagaan beliau. Tiada istilah rehat di dalam kamus hidupnya, beliau sentiasa memberikan komitmen yang padu serta menambah nilai potensi diri melalui aktiviti keilmuan agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi pemasaran terkini. Bersesuaian dengan kepantasan perkembangan dunia digital, beliau sering menjadi yang PERTAMA dan lebih terkehadapan di dalam setiap perkara.

Selaku Pengarah Urusan Eskayvie, kebijaksanaan beliau telah membawa kepada perkembangan Eskayvie ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga menggondol anugerah Brand Experience of The Year di Inner Circle Summit, Bangkok 2017 anjuran Richworks. Anugerah ini membuktikan bahawa jenama Eskayvie sangat diyakini dan dipercayai oleh masyarakat. Maka selayaknya, Eskayvie dikenali sebagai satu jenama yang kukuh dan menjadi pilihan No 1 pengguna di Malaysia.

Scroll to Top