DISEBALIK JENAMA

Prinsip & Nilai kami adalah pembakar utama yang akan mendorong jenama kami ke arah ukuran antarabangsa

DISEBALIK JENAMA

Prinsip & Nilai kami adalah pembakar utama yang akan mendorong jenama kami ke arah ukuran antarabangsa

DISEBALIK JENAMA

Prinsip & Nilai kami adalah pembakar utama yang akan mendorong jenama kami ke arah ukuran antarabangsa

Rasional Logo Eskayvie

Aura pesona warna ungu menjadi pilihan imej korporat Eskayvie pada logonya sebagai lambang kepada nilai eksklusif, kredibiliti dan elegan. Nilai pada logo ini secara tidak langsung menjadikan Eskayvie sebagai sebuah syarikat yang komited, bersiap siaga dan berdaya saing dalam landasan hala tuju untuk menjadi peneraju global industri kesihatan dan kecantikan. Perinciannya pula yang menggunakan warna putih bagai melengkapi simbolik kepada kesucian. Ini secara jelas mencerminkan produk-produk berkualitinya yang halal, bersih dan dikilangkan dengan kawalan mutu yang tinggi tanpa kompromi. Dengan menggunakan muka taip ‘Trajan Pro’ pula, logo Eskayvie menonjolkan ciri-ciri elegan dan mesra didekati tanpa batasan. Trajan Pro merupakan gaya lama muka taip serif untuk dilihat supaya mudah dibaca.

Misi Eskayvie

Mempertingkatkan kualiti hidup, kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan melalui penghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi berorientasikan budaya inovasi yang berterusan demi mencapai kepuasan dan kejayaan bersama; melalui :

Konsistensi dalam mengaplikasikan sumber semulajadi melalui kaedah penyelidikan dan pembangunan terkini dalam menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing;

Komited melahirkan usahawan berilmu yang bernaung di bawah satu platform bagi membangunkan ekonomi ummah melalui latihan komprehensif dan berterusan di Akademi Eskayvie;

Memberi komitmen dan dedikasi sepenuhnya bagi menyediakan khidmat dan sokongan terbaik dari segala aspek untuk memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan agar Eskayvie menjadi pilihan utama bagi meningkatkan kualiti kehidupan;

Memupuk budaya peningkatan kemahiran diri dalam persekitaran yang kondusif bagi warga kerja Eskayvie untuk menjadi lebih produktif dan komited bagi mencapai misi kecemerlangan dan kejayaan yang bertaraf dunia; dan

Memasyarakatkan Eskayvie dalam konsep memperkasakan kehidupan bersama melalui penubuhan Yayasan Eskayvie.

Visi Eskayvie

Memperkasakan Ekonomi dan Kesihatan Ummah

Nilai Teras Eskayvie

INSAN

Kami insan berwawasan yang berdisiplin, bermentaliti pemilik serta mempunyai kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada syarikat

INTEGRITI

Kami berpegang kepada sifat jujur dan amanah serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kata dan tindakan kami.

INOVATIF

Kami berfikiran positif dan bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan diri dan syarikat yang berkekalan.

KOMITMEN

Kami gigih berusaha sepenuh jiwa dengan tabah untuk sentiasa mengembangkan potensi diri, perniagaan kami & prestasi syarikat.

KERJASAMA

Kami mewujudkan peluang dan kejayaan untuk dikongsi bersama dalam suasana saling sokong menyokong, menghormati dan bertoleransi sebagai satu pasukan.

Scroll to Top