Darah Tinggi Pembunuh Senyap

Kenapa dipanggil dengan nama begitu. Ini kerana penyakit ini tidak memberikan simptom yang jelas adakah kita ini penghidapnya ataupun tidak. Ramai dalam kalangan kita yang sebenarnya tidak tahu pun mereka merupakan penghidap penyakit ini dalam senyap.

Apa penyakit yang dikatakan itu? Ia adalah TEKANAN DARAH TINGGI.

Ada sesetengah mereka langsung tidak diberikan tanda tetapi ada juga yang dapat dikesan itu pun apabila sudah mencapai tahap yang agak teruk.

Antara simptom masalah ini adalah seperti sakit kepala, pening, mata kabur, loya dan hidung berdarah. Tapi yang paling malang, ada antara mereka yang tidak berasa apa-apa, tiba-tiba sahaja kena sakit jantung dan strok.

Ini yang perlu kita tangani dan hindari.

Satu kajian dilakukan pada tahun 2015, seramai 35.3% rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun, menghidap masalah tekanan darah tinggi. Paling menakutkan hampir 60% pula tidak menyedari mereka mengalami masalah tersebut.

Faktor Risiko Tekanan Darah Tinggi

  1. Obesiti
  2. Jantina
  • Lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah tekanan darah tinggi. Manakala wanita yang mencapai usia menopaus juga mempunyai risiko yang sama.
  • Faktor usia
    • Apabila usia sudah meningkat, salur darah mula menjadi keras dan ditambah pula dengan penyumbatan menyebabkan jantung bekerja keras untuk mengepam darah melalui salur darah yang tidak lagi elastik.
  • Individu yang mengalami masalah kolesterol dan trigliserida yang tinggi.
  • Masalah organ
    • Sebagai contoh masalah buah pinggang yang mana salur darah ke buah pinggang menjadi sempit.
  • Masalah tumor di kelenjar adrenal yang berkait rapat dengan hormon.
  • Gaya hidup yang tak sihat
    • Sebagai contoh seperti merokok, tidak bersenam, mengambil ubat-ubatan yang kerap seperti pil perancang, pil tahan sakit, steroid, ubat anti-kemurungan, selesema dan juga ubat resdung.

    Bagi mereka yang sudah berusia 45 tahun dan keatas, perlu lebih berhati-hati kerana pada usia beginilah banyak penyakit akan mula bertandang. Anda disyorkan membeli mesin untuk periksa tekanan darah di rumah.