Bukan hanya orang dewasa, brain fog juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ibu ayah mungkin perasan ada kalanya anak semakin susah nak fokus, mudah lupa atau cepat letih walaupun mereka tak sakit? Mereka mungkin sedang mengalami brain fog atau kabut otak.
Kabut otak bukanlah satu penyakit yang spesifik tetapi ia merujuk kepada gejala gangguan kognitif sementara yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor baik fizikal mahupun emosi. Dalam kalangan kanak-kanak, ia boleh memberi kesan ketara kepada tumpuan, pembelajaran dan emosi harian mereka. Mereka akan berasa seperti otak menjadi kabur atau blur, sukar membaca atau susah mengingati sebarang informasi.

Apa itu Brain Fog?
Brain fog atau kabut otak merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran untuk berfikir dengan jelas, fokus atau mengingati sesuatu.
Ia bukanlah satu penyakit tetapi lebih kepada gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Anak mungkin kelihatan keliru, lambat memberi respon, sukar mengingati perkara yang biasa dan gagal fokus dalam jangka masa yang pendek. Mereka juga mungkin menunjukkan tanda-tanda keletihan walaupun baru memulakan aktiviti pembelajaran.
Keadaan ini sering kali berpunca daripada beberapa faktor utama seperti:
- Kurang tidur berkualiti
- Tekanan emosi
- Alahan atau keradangan dalaman
- Kekurangan nutrien penting untuk otak
- Ketidakseimbangan hormon
- Gaya hidup yang kurang aktif
Tanda-Tanda Anak Mengalami Brain Fog
Sebagai ibu ayah, anda perlu peka terhadap gejala-gejala berikut:
- Rasa keliru atau tidak dapat memahami arahan dengan cepat
- Tindak balas yang perlahan terhadap soalan atau tindakan
- Mudah lupa walaupun perkara yang baru diajar
- Kurang fokus semasa belajar atau bermain

4 Cara Efektif Bantu Anak Atasi Brain Fog
Berikut adalah empat langkah penting yang boleh ibu bapa amalkan untuk membantu anak atasi masalah brain fog.
1. Pastikan anak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti
Tidur adalah masa otak berehat dan memproses maklumat yang diterima sepanjang hari. Pastikan suasana tidur tenang, bebas skrin dan tidak terganggu bunyi.
2. Jaga pemakanan anak
Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan mental dan fungsi otak.
Kurangkan:
- Makanan tinggi gula
- Makanan segera
- Makanan ultra-proses
Lebihkan:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Protein sihat seperti ayam, telur dan ikan
- Lemak baik dan bijirin penuh
Tambahan nutrisi penting seperti Phosphatidylserine (PS) iaitu sejenis fosfolipid yang penting untuk kesihatan membran sel otak. Ia membantu menyokong komunikasi antara sel otak serta mengurangkan keradangan yang boleh menjejaskan keupayaan kognitif.
3. Bantu anak urus tekanan emosi
Emosi anak memainkan peranan besar dalam kejelasan mental mereka.
- Luangkan masa untuk mendengar luahan mereka
- Bercakap dengan lembut dan penuh kasih sayang
- Bina rutin harian yang stabil
- Bawa mereka keluar berjalan-jalan untuk angin segar dan ketenangan

4. Galakkan aktiviti fizikal secara konsisten
Aktiviti fizikal merangsang aliran darah ke otak, menggalakkan hormon gembira (endorfin) dan menyokong kesihatan keseluruhan otak.
Cadangan aktiviti:
- Berjalan kaki di taman
- Berbasikal
- Bermain bola atau sukan ringan di luar rumah
Kabut otak bukan masalah kekal tetapi jika tidak ditangani awal boleh menjejaskan pembelajaran dan kesejahteraan anak anda. Dengan tidur yang cukup, pemakanan seimbang, pengurusan emosi yang baik dan gaya hidup aktif, ibu ayah boleh membantu anak keluar dari masalah ini dan kembalikan prestasi minda mereka. Anak yang cerdas bermula dengan otak yang sihat.
Tonton video dari pakar kami Nutritionist Atikah dari Eskayvie Malaysia
Kesimpulan
Penting untuk anda sebagai ibu bapa untuk mengenali punca-punca kabut otak untuk meningkatkan fokus pembelajaran anak-anak anda. Jika anda ingin daya ingatan yang tajam dan minda yang kuat, pastikan anda mengamalkan keempat-empat tip efektif untuk mengelak brain fog dalam kalangan kanak-kanak. Semoga bermanfaat!
Ingin kuatkan lagi daya ingatan? Anda boleh dapatkan produk MindTropic Junior hari ini untuk menyokong kesihatan otak dan menguatkan daya ingatan anda!
Mindtropic Junior membantu mengatasi kabut otak (brain fog) dalam kalangan kanak-kanak. Mindtropic Junior diformulasi daripada sumber semula jadi yang mengandungi khasiat moringa, 22 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, phosphatidylserine, dan banyak lagi. Sesuai untuk meningkatkan daya minda kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun. Dapatkan suplement minda, Eskayvie Mindtropic Junior sekarang!