
Sebenarnya ramai di antara kita yang mungkin pernah mengalami simptom-simptom GERD ini. Dan didapati, masalah GERD ini sebenarnya bersangkut-paut dengan endemik yang kita lalui sekarang. Lebih kurang 1.02 billion populasi manusia di dunia ini yang mengalami masalah GERD. Akan tetapi, apakah yang membezakan GERD dan juga refluks?
GERD didefinisikan apabila anda mengalami refluks 2 kali atau lebih dalam seminggu. Apabila perkara ini berterusan, anda berkemungkinan mempunyai masalah GERD. GERD adalah singkatan kepada :-
G – Gastro bermaksud perut
E – Esophageal atau esofagus bermaksud saluran yang menghubungkan perut sampai ke tekak
R – Refluks bermaksud naik kembali
D – Disease bermaksud penyakit
Kadang-kadang sesetengah daripada kita yang mempunyai masalah GERD yang teruk, boleh jadi gelisah dan takut untuk makan makanan tertentu. GERD ini boleh diatasi jika kita faham simptom dan tips-tips yang bakal dikongsikan.
Pertama sekali, kita harus faham mengenai sistem penghadaman terlebih dahulu. Sistem penghadaman ini bermula daripada mulut lagi. Apabila kita mengunyah, mulut akan menghasilkan enzim amylase yang menghadamkan kanji. Seterusnya makanan itu akan pergi ke tekak dan terus ke esofagus dan ke dalam perut. Perut pula bersifat elastik. Ia boleh mengembang dan menerima makanan sekitar 1.8kg. Perkara yang membezakan perut dan esofagus adalah injap namanya sphincter. Injap ini yang penting. Ia akan terbuka dan tutup. Jika salah waktu ia buka, ini yang akan membuatkan makanan keluar semula.
Kita juga harus tahu di dalam perut ada sejenis asid iaitu asid hidroklorik (pH1). Perut kita menghasilkan sebanyak 2L asid ini dalam satu hari. Asid ini bukan sahaja bertindak sebagai first line barrier yang akan mempertahankan badan kita daripada kuman, ia juga akan memecahkan makanan menjadi partikel kecil sebelum makanan itu pergi ke usus kecil.
pH1 itu sifatnya sangat asidik. Akan tetapi, kenapa perut tidak menghadamkan diri sendiri? Sebenarnya perut kita dilapisi oleh mukosa atau lendir. Lendir inilah yang akan mempertahankan dinding perut kita daripada asid hidroklorik ini. Masalah terjadi apabila asid ini terkeluar atau ternaik semula – keadaan yang kita panggil refluks. Apabila asid ini keluar balik, ia akan menyebabkan kerengsaan dan keradangan terhadap esofagus dan mungkin sampai ke bahagian mulut.
Apa yang berlaku apabila anda mengalami GERD? Sesetengah orang kata dia rasa sakit dada je, tetapi sebenarnya banyak lagi simptom lain yang disebabkan oleh GERD. Antara yang paling common adalah pedih ulu hati. Kita rasa pedih, mencucuk, senak dan ketat dekat bahagian ulu hati itu. Kadang-kadang rasa sakit itu boleh pergi ke dada. Apabila asid dah mula naik ke atas, air liur kita akan automatik keluar untuk membersikan asid itu tadi. Sesetengah orang akan rasa kembung, tak selesa, banyak sendawa, rasa loya dan nak muntah, nak duduk straight pun tak selesa.
Masalah refluks ini boleh menyebabkan tidur kita terganggu. Apabila refluks berlaku semasa waktu tidur, kita akan rasa masam di kawasan esofagus. Asid dan segala kandungan dalam perut bukan sahaja boleh pergi ke tekak, tetapi mempunyai risiko untuk masuk ke dalam paru-paru dan ini akan menyebabkan pneumonia atau radang paru-paru. Hal ini amat berbahaya lagi-lagi jika ia berlaku kepada orang tua dan juga orang yang tidur mati.
SIMPTOM BIASA GERD
SIMPTOM TIDAK BIASA GERD
Ramai yang tidak sedar mereka mempunyai GERD. Berdasarkan statistik, peningkatan simptom GERD berlaku sehingga 50%. Di Amerika Syarikat, purata rakyat di sana yang mengalami masalah GERD adalah seramai 20%. Ini bermakna 1 daripada 5 antara kita mempunyai masalah GERD lagi-lagi mereka yang suka makan makanan pedas.

Kesan pendedahan saluran tekak kepada asid hidroklorik dalam perut.
Sekarang mari kita lihat komplikasi GERD pula. Apa yang berlaku apabila asid masuk ke esofagus? Lama-kelamaan, saluran esofagus ini akan mengalami keradangan atau kita panggil ESOFAGITIS. Keadaan ini memang sakit. Jika kita salah makan, perut akan rasa sakit, senak dan tak selesa.
Jika esofagitis ini dibiarkan, ia akan melarat menjadi STRIKTUR. Striktur ini adalah keadaan di mana saluran esofagus menjadi sempit. Ini yang buat kita rasa makanan tersumbat. Jika perkara ini berterusan lagi, sel-sel di bahagian esofagus ini akan bertukar jenis. Selalunya, sel yang melapisi saluran esofagus ini adalah sel skuamus, sel nipis yang hanya melapisi esofagus. Akan tetapi apabila kerap sangat asid masuk ke esofagus, sel ini akan bertukar menjadi sel glandular, sel tebal yang boleh menghasilkan mukus untuk melindungi esofagus daripada asid GERD.
Tahap seterusnya akan menyebabkan keadaan yang dipanggil BARRET’S ESOFAGUS. Barret’s esofagus ini berlaku kepada sekitar 10-15% daripada penderita GERD. Yang lebih merisaukan, 0.1-0.4% daripada mereka yang ada Barret’s esofagus ini akan mengalami kanser esofagus atau ADENOKARSINOMA.
Sebenarnya masalah GERD ini boleh dielakkan jika kita tahu tabiat-tabiat yang menjadi punca kepada GERD. Terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada masalah GERD ini:
Sekarang mari kita lihat faktor pencetus GERD:

4.Minuman berkafein dan soda
5.Ubat-ubatan tertentu –
6.Wanita mengandung – kandungan mengambil ruang didalam perut sehingga menyebabkan perut ditekan. Jika kita makan lebih, ia akan mudah tertolak ke atas
7.Memakai korset
8.Hernia
9.Obese
10.Anxiety – Apabila kita gelisah, perubahan hormon dalam badan akan berlaku. Ini menyebabkan injap perut menjadi longgar dan otot perut menjadi keras lalu tidak dapat mengembang dengan elok. Hal ini akan menyebabkan tekanan dan mengeluarkan isi perut. Ini akan memudahkan refluks. Kadar penghasilan asid juga bertambah semasa kita gelisah. Anxiety bukan sahaja mencetuskan GERD. Malah GERD juga boleh menyebabkan anxiety. Kitaran ini berulang. Oleh itu, amat penting untuk kita putuskan kitaran ini dengan mengeluarkan hormon serotonin (hormon ceria) melalui senaman.
Nasihat am bagi mengatasi masalah GERD:
Terdapat juga beberapa bahan semula jadi yang dapat membantu GERD seperti alga perang dan cendawan tremella. Alga perang ini mengandungi arginin, sejenis polisakarida yang akan terapung dalam perut sehingga ia membentuk satu lapisan yang menghalang pembukaan injap kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan dengan rakan- rakan yang lain.