
Sebelum ini viral cerita mengenai kajian dari China yang mendapati beberapa jenis biskut di Malaysia mempunyai bahan yang boleh menyebabkan kanser. Satu kenyataan oleh Choice Magazine yang dipetik daripada Hong Kong Consumer Council mengatakan ada 60 jenama tepung dan biskut mengandungi acrylamide yang tinggi, dan dikatakan bahan ini boleh mencetuskan kanser. Dan, daripada situ orang mula panik sebab daripada senarai tersebut, terdapat jenama-jenama yang memang semua orang dah kenal dan sering makan. Tapi, patutkah kita risau mengenai acrylamide ini?

Topik mengenai acrylamide ini sebenarnya dah lama wujud, malah pada tahun 2002 lagi, menurut kajian daripada Sweden mendapati bahawa terdapat bahan acrylamide ini dalam makanan dan dikhuatiri ia boleh mencetuskan masalah kanser dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Apa itu acrylamide? Acrylamide ini merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pelbagai industri termasuklah makanan, plastik, kertas, pewarna, kosmetik dan sebagainya. Tapi, kenapa bahan ini relevan di dalam makanan? Sebab ia boleh terhasil secara semula jadi apabila makanan berkanji dipanaskan pada suhu yang tinggi contohnya melalui kaedah memasak seperti goreng, bakar atau panggang.
Kita juga faham bahawa gula seperti glukosa atau fruktosa yang terhasil daripada kanji tadi boleh membentuk acrylamide apabila bercantum dengan sejenis asid amino asparagine. Maksudnya acrylamide ini terbentuk apabila makanan itu dipanaskan pada suhu tinggi seperti kaedah goreng, panggang atau bakar. Daripada kajian tersebut, ada beberapa makanan yang mempunyai kombinasi ini (asparagine dan bahan kanji). Antara yang top adalah kentang goreng yang selalu kita makan tu. Itu antara makanan yang mengandungi acrylamide yang tinggi. Bukan sahaja ada dalam french fries, tapi juga ada dalam biskut, kuih muih, kerepek. Ini juga disebabkan oleh kaedah penyediaan makanan-makanan tersebut boleh menghasilkan sejumlah acrylamide pada tahap yang tinggi.
Tapi, betul ke yang acrylamide ini boleh menyebabkan kanser? Kajian setakat ini hanya dijalankan terhadap haiwan.
A𝐝𝐚 𝟑 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧.
3 perkara ini lah yang kita bimbangkan yang ditunjukkan mungkin ia boleh menyebabkan masalah kesihatan pada manusia. Acrylamide ini sebenarnya ia tergolong dalam 𝗠𝗥𝗣 (𝗺𝗮𝗶𝗹𝗹𝗮𝗿𝗱 𝗿𝗲𝗮𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗰𝘁𝘀). MRP ini adalah golongan bahan-bahan kimia, iaitu apabila kanji bergabung dengan protein (asid amino) pada suhu yang tinggi. MRP ini boleh mencetuskan satu keadaan yang dinamakan sebagai keradangan atau radikal bebas. Ia juga boleh menyebabkan stress oksidatif, di mana badan kita dah tak boleh nak kawal toksin yang ada dalam badan. Semua ini boleh mencetuskan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit 3 serangkai. Bahan ini juga boleh menurunkan tahap ketahanan tubuh badan anda.
Acrylamide ini ada dalam pelbagai bentuk, memang susah untuk kita elakkan di zaman moden ini. Sebab kita memang akan makan makanan yang berkanji yang dipanaskan pada suhu yang tinggi. Tapi bagaimanakah cara untuk mengelakkan acrylamide ini dari menjadi sesuatu yang bahaya kepada kesihatan badan kita. Ada beberapa perkara yang kita harus tahu.

Oleh itu, anda sangat disarankan untuk lebihkan pengambilan real food berbanding makanan terproses. Sebagai contoh, pisang ini sangat berkhasiat. Kita makanlah pisang yang asli, elakkan makan kerepek pisang sebab kerepek pisang ini yang tinggi dengan acrylamide selepas melalui proses menggoreng. Sama juga kalau kita nak makan roti, memang lah dalam roti itu sendiri sudah ada lemak trans dan sebagainya yang boleh mencetuskan keradangan. Tapi, bila kita bakar roti tu, akan terbentuknya acrylamide yang akan mencetuskan lagi keradangan yang sedia ada.
2.Kurangkan penghasilan acrylamide. Contohnya kalau kentang goreng tadi, sebelum goreng itu elakkan simpan dalam peti ais. Tapi, mungkin agak sukar lah untuk kita elakkan sebab kalau kita beli french fries pun memang dah disimpan dalam peti ais. Kemudian, kita juga boleh toskan sebelum kita goreng. Cara ini didapati boleh mengurangkan penghasilan acrylamide. Kurangkan makanan yang dimasak dengan cara bergoreng, panggang dan bakar. Sebab cara masakan ini lah yang akan mencetuskan terhasilnya MRP termasuklah AGEs, yang semua ini akan menjemput keradangan dalam badan. Keradangan dalam badan akan menumpulkan hormon insulin, menyebabkan rintangan insulin meningkat dan kalau perkara ini berlaku secara berterusan, ia boleh menyebabkan masalah seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi.
3.Amalkan penawar semula jadi. Sebab setiap penyakit yang Allah jadikan, pasti ada penawarnya juga. Sama juga, makanan bahaya yang Allah jadikan ini juga ada penawarnya. Penawarnya adalah sayur, buah. Bila anda makan nasi, atau apa-apa makanan yang mengandungi acrylamide ini, pastikan makan juga sekali dengan sayur atau bahan-bahan yang mengandungi antioksidan dan anti radang semula jadi. Sebab itu kita kena makan dengan seimbang. Bila makan itu, ikutlah porsi yang sepatutnya iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayuran. Nak lari atau nak elakkan daripada acrylamide tak mungkin di zaman sekarang ini terutamanya apabila makan western diet. Bahan acrylamide ini bersepah dalam makanan-makanan yang kita makan bukan terhad kepada biskut yang disebut dalam kajian tersebut sahaja, namun sudah tentunya semua jenis biskut ada tahap acrylamide yang tertentu.
Selain itu, jika anda bersenam, ini juga boleh menurunkan tahap AGEs dalam badan anda, semuanya berbalik kepada gaya hidup sihat kita, kalau kita jaga sebenarnya badan kita akan jaga kita balik.
Jangan lupa kongsikan apa yang anda dapat ni kepada mereka yang tersayang ya.