
Ramai yang masih tertanya-tanya adakah brain fog ini real? Apakah sebenarnya kesan covid terhadap otak ?
Baru-baru ini ada satu artikel daripada akhbar yang bertarikh 8 mac 2022, menunjukkan bahawa ada kajian daripada Oxford yang diterbitkan dalam majalah Nature, mengatakan bahawa kes-kes yang ringan contohnya sekadar ada simptom seperti selesema atau sakit tekak pun boleh mengecutkan otak. Realitinya, dari tahun ke tahun, saiz otak ini akan mengalami proses degeneratif, dan proses ini sememangnya boleh mengurangkan saiz otak sekitar 0.2% setahun. Namun, bagi kes covid, proses degeneratif ini berlaku sekitar 1.8%, iaitu 9 kali ganda daripada kebiasaanya. Perkara ini lah yang harus kita elakkan.
Kalau anda pernah lihat struktur otak, ia ada 2 bahagian iaitu gray matter dan white matter. Bahagian gray matter ini lah yang kelihatan mengecut di kalangan pesakit covid. Bahagian otak terdiri daripada 40 % adalah gray matter , dan pada kawasan tersebutlah terletaknya sel-sel saraf otak (neuron). Manakala di bahagian white matter pula adalah kawasan unjuran-unjuran neuron daripada gray matter. Gray matter ini akan berkembang dan matang apabila kita mencecah usia sekitar 20 tahun. Dan, sel-sel saraf berhubung pula akan berlaku di bahagian white matter, dan peaknya adalah pada middle age iaitu sekitar 30 tahun. Oleh itu selepas 30 tahun, sel-sel berhubung sudah berkurang. Jadi, bila usia lebih daripada 30 tahun, susah dah kita nak menghafal.

Bukan gray matter sahaja yang akan mengecut, malah bahagian otak kecil (cerebellum) juga akan mengecut. Keadaan ini boleh mencetuskan satu permasalahan pemikiran (cognitive function). Jadi covid ini bukan sahaja boleh menjejaskan cognitive function, tapi ia juga boleh mengganggu emosi, sebab itu pesakit-pesakit covid ini akan rasa depressed, susah nak ingat, murung dan sebagainya.
Apa yang menyebabkan brain fog?
Alzheimer ini adalah keadaan yang lebih serius sehinggakan nama sendiri pun mereka tak tahu. Satu kajian yang diterbitkan oleh Brain Communication Journal pada 19 januari 2022, menunjukkan walaupun seseorang individu itu dijangkiti dengan mild covid, mereka juga akan terdedah kepada episodic memory loss dan kewaspadaan mereka juga berkurang. Tapi, alhamdulillah kajian juga telah menunjukkan bahawa simptom-simptom ini akan berkurangan selepas 6 hingga 9 bulan dijangkiti covid.
Maksudnya, ada peluang untuk anda pulih daripada brain fog dan elakkan daripada masalah yang lebih serius berlaku. Menurut American News, kajian daripada Cambridge University menunjukkan pesakit covid yang mempunyai simptom long covid mengadu bahawa berlakunya:
– 78% Penurunan konsentrasi (fokus)
– 69 % mengalami simptom brain fog
– 67.5% mudah lupa
– 59.5% pertuturan ayat tidak keluar
– 43.7% kerap tersalah cakap
Oleh sebab itu, kesihatan minda sangat-sangat penting untuk post covid.
Apa yang anda boleh lakukan sekarang untuk mengelakkan daripada brain fog ini berlaku? Elakkan 3 perkara ini:
1. Keradangan
2. ROS (Reactive oxygen species)/stres oksidatif

3. Overly activated immune response (tindak balas sistem imun yang berlebihan)
Jadi, adakah anda perolehi sesuatu yang bermanfaat daripada bacaan ini? Jangan lupa, kongsikan bersama rakan-rakan anda, terutama sekali mereka yang pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.