Pada masa kini, ramai orang daripada golongan muda hinggalah ke warga emas, berdepan dengan masalah tekanan, kebimbangan dan keletihan. Terdapat banyak rawatan semula jadi yang digunakan untuk menyokong kesihatan dan kesimbangan minda. Salah satu herba yang menjadi semakin popular ialah ashwagandha.
Banyak kajian klinikal telah menunjukkan bahawa ashwagandha membantu dalam kesihatan mental seperti mengurangkan tekanan dan kebimbangan, dengan itu, menyokong kesimbangan minda dan tubuh. Jom kita pelajari dengan lebih lanjut tentang ashwagandha, bagaimana ia membantu mengurangkan tekanan, dan cara memilih suplemen ashwagandha yang sesuai.

Source: Flickr
Apa itu Ashwagandha?
Withania somnifera, yang lebih dikenali sebagai ashwagandha atau ginseng India, ialah herba ayurveda yang dijumpai di India, Afrika dan beberapa bahagian di Timur Tengah beratus-ratus tahun dahulu. Ia diketahui dapat membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan serta meningkatkan pelbagai aspek prestasi fizikal. Herba ini telah digunakan selama berabad-abad untuk menyokong kesihatan fizikal dan mental, menjadikannya salah satu herba perubatan terbaik untuk kesejahteraan.
4 Kelebihan Ashwagandha Untuk Minda Dan Tubuh
Ashwagandha juga dikenali sebagai adaptogen, iaitu bahan semula jadi yang membantu tubuh badan menyesuaikan diri dengan tekanan dan mengekalkan kesimbangan. Berikut adalah beberapa fungsi ashwagandha untuk minda dan tubuh:
1. Mengurangkan Tekanan dan Kebimbangan
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ashwagandha berkesan menurunkan tahap kortisol, iaitu hormon stress. Oleh itu, ia membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan kebimbangan kehidupan seharian.
2. Menyokong Kesihatan Kognitif
Fungsi ashwagandha yang lain adalah ia boleh membantu meningkatkan daya ingatan, fokus dan keupayaan pembelajaran. Ini adalah penting untuk sesiapa yang bekerja atau belajar dalam suasana yang penuh tekanan.
3. Meningkatkan Kualiti Tidur
Herba ini juga membantu menstabilkan sistem saraf, dengan itu, menjadikan tidur lebih berkualiti dan lebih lena. Ini adalah penting untuk pemulihan tenaga dan kesihatan mental.
4. Meningkatkan Tenaga dan Stamina
Ashwagandha adalah bahan yang penting dan popular dalam kalangan atlet. Ia boleh digunakan untuk meningkatkan dan bertambah baik prestasi fizikal, termasuk daya tahan badan dan kekuatan otot.

Source: Flickr
Bagaimana Ashwagandha Membantu Mengurangkan Tekanan
Ashwagandha dianggap sebagai adaptogen, iaitu sejenis herba yang membantu tubuh menyesuaikan diri dengan tekanan dengan menormalkan tindak balasnya. Herba ini menyokong kesihatan mental terutamanya dengan mengurangkan tahap hormon kortisol dalam badan dan menenangkan paksi HPA, sekali gus membantu mengurangkan simptom tekanan dan kebimbangan.
Lebih-lebih lagi, ashwagandha menyokong fungsi sistem saraf dengan memberi kesan menenangkan, mengurangkan rasa gelisah dan meningkatkan keupayaan tubuh menghadapi tekanan emosi serta mental. Herba yang hebat ini juga membantu menyokong kesihatan mental dalam pelbagai cara seperti meningkatkan mood dan meningkatkan prestasi kognitif, dengan itu, mengurangkan tekanan kehidupan seharian.
Peranan Ashwagandha Dalam Meningkatkan Kualiti Tidur
Ramai orang mengalami masalah kurang kualiti tidur. Ashwagandha ialah sejenis herba tradisional yang digunakan sejak bertahun-tahun yang lalu untuk merawat masalah tidur. Herba ini berfungsi dengan mengurangkan tahap kortisol yang tinggi akibat tekanan. Ini memudahkan tubuh badan untuk rehat dan tidur dengan lebih lena dan berkualiti. Selain daripada itu, ashwagandha juga menenangkan sistem saraf dan membantu mengurangkan rasa gelisah yang menjadi akibat gangguan tidur
Anda boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda dengan menambahkan suplemen yang mengandungi ashwagandha dalam rutin harian. Tubuh badan anda akan terasa lebih bertenaga dan sihat, rasa letih badan juga berkurangan kerana ia berpunca daripada tidur yang tidak mencukupi serta tekanan dalam kehidupan seharian.
Kesan Sampingan Ashwagandha Yang Perlu Anda Tahu
Walaupun ashwagandha secara umumnya dianggap selamat untuk diambil untuk kebanyakkan orang, ia boleh menyebabkan kesan sampingan ringan kepada sesetengah individu terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi. Kesan simpangan yang biasa termasuk sakit perut, cirit-birit, loya dan rasa mengantuk.
Kesan sampingan lain, walaupun jarang berlaku, termasuk kerosakan hati dan fungsi tiroid. Wanita yang hamil atau menyusukan anak tidak digalakkan mengambil suplemen ashwagandha. Mereka yang sedang mengambil ubat pula, perlu mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum mengambil suplemen ashwagandha kerana mungkin terdapat interaksi antara herba ini dengan ubat-ubatan tertentu.
Cara Memilih Suplemen Ashwagandha Yang Sesuai
Apabila memilih suplemen ashwagandha, terdapat beberapa faktor utama yang perlu diperhatikan. Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diperhatikan semasa memilih suplemen ashwagandha:
- Jenis Ekstrak: Pilih ekstrak daripada akar sahaja. Elakkan suplemen yang mengandungi ekstrak daripada daun atau bahagian tumbuhan yang lain.
- Dos: Dos harian yang disyorkan ialah 300 – 600 mg ekstrak akar ashwagandha (distandardkan kepada 5% withanolides).
- Keaslian: Cari ashwagandha organik dan pastikan ia tidak mengandungi bahan tiruan, pengawet atau bahan tambahan.
- Jenis Suplemen: Suplemen ashwagandha didapati dalam pelbagai bentuk seperti gummy, kapsul dan serbuk. Bentuk kapsul adalah yang paling biasa kerana ia menawarkan dos yang tepat dan konsisten, manakala serbuk memberi fleksibiliti untuk disesuaikan, dan gummy pula, lebih sedap serta mudah dimakan.
Kesimpulan
Ashwagandha ialah sejenis herba perubatan yang telah digunakan sejak beratus tahun dahulu untuk menyokong kesihatan mental. Ia boleh membantu dalam mengurangkan tekanan dan kebimbangan serta meningkatkan pelbagai aspek prestasi fizikal. Menambahkan suplemen ashwagandha dalam rutin harian anda adalah pilihan bijak untuk mencapai keseimbangan minda.
Jika anda mencari suplemen yang mengandungi Ashwagandha untuk menyokong keseimbangan minda, tenaga, dan fokus harian, Eskayvie Mindtropic mengandungi 5 ramuan nootropik yang berfungsi untuk kesihatan otak. Cuba Eskayvie Mindtropic hari ini untuk minda yang lebih fokus dan bertenaga!