Akademi Eskayvie

Ramai yang ingin mengubah hidup dan potensi kewangan ke arah yang lebih baik, TETAPI tidak tahu bagaimana dan di mana nak bermula.

Akademi Eskayvie ada jawapannya

Lihat Orang Yang Sudah Berjaya

Ikut Jejak Orang Yang Sudah BErjaya

Belajar Dari Pengalaman Orang Lain

Semenjak dilancarkan pada 15 Julai 2017, Akademi Eskayvie  telah berjaya melatih lebih 400 usahawan dari ZERO menjadi HERO. Istimewanya, setiap usahawan yang bernaung di bawah Eskayvie dilatih dengan program latihan yang sangat komprehensif dan bersistematik. Setiap program latihan diberikan secara PERCUMA dan para usahawan boleh mengambil peluang ini untuk menggunakan setiap kemudahan yang disediakan di Akademi Eskayvie pada bila-bila masa diperlukan.

Kekuatan Akademi Eskayvie yang diterajui oleh gabungan tenaga 2 Pengasas Eskayvie serta sifu-sifu pemasaran online dan offline ternama di Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Program latihan merangkumi segala aspek pemasaran online dan offline yang terkini serta turut menekankan ‘follow up’ database bagi mewujudkan pelanggan yang setia dan berpuas hati. Bukan itu saja, kemahiran perakaunan, pengurusan dan jatidiri turut diberikan tumpuan bagi memastikan perniagaan kekal berkembang maju ke fasa yang lebih baik.

Platform ini sebenarnya menyediakan pilihan tepat bagi para usahawan yang ingin cemerlang sehingga ke tahap menjadi usahawan yang berjaya. Penubuhan Akademi Eskayvie dirancang dengan teliti bagi menjadi ‘one-stop center’ iaitu kilang bagi menjana generasi usahawan yang berkualiti dan mampu berdaya saing tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Career path yang jelas serta sokongan yang berterusan sememangnya satu formula tepat di dalam membantu membangunkan setiap karakter usahawan Eskayvie untuk mencapai matlamat kejayaan masing-masing. Pentingnya komitmen, kerjasama dan semangat yang berterusan di dalam menjayakan sesuatu perkara dan buat sampai jadi.

Hidup ini penuh dengan Pilihan. Anda BUAT. Anda DAPAT.

Info Akademi Eskayvie

Alamat Akademi Eskayvie

No 88A, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Telefon

+603 5511 1050

Email

info@eskayvie.com

Mentor Akademi Eskayvie

Previous
Next
Scroll to Top