9 Petua Menurunkan Paras Gula Dalam Darah

Diabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang dan setiap pesakit kencing manis wajib tahu petua menurunkan paras gula dalam darah supaya tiada sebarang komplikasi serius akan berlaku. 

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk menstabilkan paras gula di dalam darah.

1. Tukar Kepada Mindset Positif

Langkah pertama yang perlu diterapkan di dalam fikiran pesakit adalah kekuatan mentalnya.

Penderitaan akibat menghidap penyakit sudah semestinya melemahkan semangat dan keinginan untuk meneruskan hidup dengan sempurna.

Terapkan kata-kata positif dalam diri pesakit. Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan yang menghidap kencing manis, berikan kata-kata motivasi supaya dia dapat melihat kehidupan dari sudut yang positif.

2. Tidur Yang Mencukupi

Kualiti masa tidur setiap hari juga memainkan peranan penting untuk menurunkan paras gula di dalam darah.

Kajian telah membuktikan hubung kait antara kurang tidur (kurang 4 jam sehari) dengan peningkatan risiko kencing manis. Begitu juga keadaannya bagi mereka yang sering berdengkur. 

Kekurangan tidur secara berterusan akan menyebabkan badan berada di dalam keadaan stres dan sudah tentu ini akan meningkatkan paras gula bagi pesakit kencing manis.

Tip untuk mudah tidur malam:

  • Sibukkan diri pada siang hari agar anda penat dan mudah tidur awal.
  • Tutup semua lampu termasuk senyapkan atau ‘shut down’ telefon dan komputer.
  • Mandi air suam sebelum tidur.
  • Elakkan kopi tiga jam sebelum waktu tidur.

3. Minum Air Banyak-Banyak

Minum air kosong dengan cukup setiap hari dapat membantu mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan paras gula yang optimum di dalam darah. 

Bila badan kekurangan air, sejenis hormon dipanggil vasopressin akan dirembeskan. Hormon ini menyebabkan buah pinggang berusaha untuk mengelakkan pembuangan air.

Manakala hati dirangsang untuk menghasilkan lebih gula. Ini semua akan meningkatkan paras gula dalam darah.

Bagi pesakit kencing manis, keadaannya lebih parah bila kekurangan air. Ini kerana badan bertindak untuk menstabilkan paras gula dengan mengeluarkan gula melalui air kencing.

Andainya air tidak mencukupi, sudah tentu kepekatan gula yang tidak dapat dibuang keluar itu menjadi tinggi di dalam darah.

Yang lebih membahayakan ialah apabila kurang air dan gula meningkat. Ini boleh mempengaruhi pH badan menjadi lebih berasid kerana gula bersifat asidik.

Jika badan tidak mengawal keasidan ini, ia dapat menimbulkan komplikasi yang serius seperti koma akibat Diabetic Ketoacidosis.

4. Kawal Stres

kawal stres untuk kawal paras gula dalam darah

Dalam kehidupan sekarang ini, kita tidak akan terlepas daripada menghadapi stres atau tekanan hidup.

Namun, cara kita menghadapi dan mengawal stres itulah yang menentukan samada stres itu boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Ketika di dalam keadaan stres, badan akan merembeskan hormon stres seperti adrenaline dan cortisol. Hormon ini akan merangsang pembebasan gula ke dalam darah untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Bagi pesakit kencing manis yang tidak berupaya menggunakan gula tersebut, sudah tentulah tahap gulanya akan meningkat tinggi.

Tip mudah untuk mengawal stres:

  • Sekiranya stres dengan kerja, ambil cuti seketika untuk melapangkan fikiran. 
  • Lakukan aktiviti yang anda suka. Ia boleh jadi memancing, berkebun, bersenam, mengemas rumah dan lain-lain.
  • Meditasi.

5. Mula Ambil Makanan Dalam Portion Yang Betul

Mitos pemakanan untuk kurus | Harian Metro

Bagi pesakit Diabetes, anda masih boleh menikmati makanan yang sedap dengan kaedah pengambilan yang disukat.

Contoh formula sukatan makanan adalah formula segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur.

Banyakkan makanan berserat seperti sayur-sayuran kerana ia membantu anda kenyang lebih lama, menstabilkan bacaan gula dan menurunkan berat badan. 

6. Kawal Pengambilan Karbohidrat

Kesan Ambil Karbohidrat Berlebihan | Karbohidrat biovco.com

Bukan sahaja makanan yang manis perlu dikawal, kanji kompleks juga mengandungi kalori yang rasanya tawar seperti nasi, mi dan roti juga perlu dihadkan pengambilannya.

Pesakit Diabetes perlu mengetahui jumlah karbohidrat yang perlu diambil setiap hari. Ini bagi memastikan paras gula dalam darah adalah terkawal. 

Tip untuk memperlahankan kenaikan paras gula dalam darah:

  • Sejukkan makanan sebelum makan
  • Minum air limau nipis tanpa gula sebelum makan
  • Kunyah perlahan-lahan dan elak menambah
  • Elakkan hidangan buffet

7. Lakukan Senaman (Buat Yang Paling Mudah Dahulu)

Bersenam dapat membantu melancarkan aliran darah dan meningkatkan sensitiviti insulin terhadap sel badan. 

Anda tidak melakukan senaman yang berat-berat untuk bermula. Cukup sahaja lakukan senaman yang mudah seperti berbasikal statik atau berjalan kaki di taman.

Buat senaman secara istiqomah selama 30 minit sehari dan amalkannya 5 kali seminggu. Ia sangat membantu kawalan gula darah yang baik.

8. Buat Pemeriksaan Berkala Dengan Doktor

Pemeriksaan kesihatan adalah penting untuk memastikan pesakit dapat menurunkan paras gula dalam darah. 

Ia juga adalah memudahkan doktor untuk mengawalselia keadaan pesakit.

9. Konsisten 

Kesemua petua di atas hanya sia-sia sekiranya pesakit tidak melakukannya dengan istiqomah dan bersungguh-sungguh.

Misi untuk menurunkan paras gula dalam darah adalah kerja jangka panjang, jadi anda tidak boleh putus asa sekiranya terkandas di tengah jalan. 

Oleh itu, kuatkan semangat dan amalkan petua di atas dengan bersungguh-sungguh ya.

Diharapkan artikel ini memberikan manfaat kepada anda dan orang yang tersayang.

Ingin baca lagi tips kesihatan dari kami? Anda boleh klik disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top