Product was successfully added to your shopping cart.

Pengasas Eskayvie

YBhg. Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan seorang graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan. Beliau memiliki pengalaman yang luas sebagai pegawai perubatan dan pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kangar, Perlis. Sebagai seorang pakar dalam bidang perubatan moden, alternatif dan anti-penuaan berlandaskan kepada bioteknologi, beliau menunjukkan keterlibatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) perubatan. Kekuatan, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh beliau telah mendapat perhatian apabila acapkali diundang untuk menjayakan pelbagai rancangan televisyen bagi menyampaikan kepelbagaian informasi kesihatan dan kecantikan seperti dalam Majalah 3, Bincang Petang, Wanita Hari Ini, Agro Jurnal, Nasi Lemak Kopi O, Bisnes Hari Ini, Money Tree, Medik TV, Selamat Pagi Malaysia dan lain-lain. Malahan beliau juga merupakan kolumnis tetap pelbagai media cetak antara lain ialah Mingguan Wanita, Harmoni, Maskulin dan Nona. Pengalaman Dr. Syid Ayob yang luas dalam bidang kajian dan formulasi produk selama hampir 20 tahun telah menjadikan beliau sebagai pakar rujuk penyebarluasan serta pembudayaan inovasi nilai-nilai kesihatan dan kecantikan kepada masyarakat.

YBhg. Puan Kartika Wati Mohamed

Sedari dahulu Kartika Wati Mohamed pantas menunjukkan versatilitinya dalam pelbagai cabang kerjaya yang diceburi. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan dari Universiti Teknologi MARA malah menerima Anugerah Canselor Pelajar Terbaik pada tahun 1994, beliau memulakan langkah awal sebagai seorang peguam dan seterusnya mengembangkan karier sebagai ahli perniagaan. Bukan sahaja memiliki tiga (3) buah firma guaman, karier beliau turut diperkembangkan dalam beberapa perniagaan yang lain.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana seorang peguam boleh beralih bidang ke satu (1) dunia lain iaitu kesihatan dan kecantikan? Tapi dek kerana minat yang mendalam dan keazaman yang kuat bagi menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, Kartika memutuskan untuk menubuhkan Eskayvie pada tahun 2009. Sebagai seorang peguam yang sangat berpengalaman khususnya dalam bidang perniagaan, Kartika membawa bersama hala tuju, pengalaman dan pemikiran yang dinamik dalam membangunkan Eskayvie secara keseluruhannya.

MISI ESKAYVIE

Mempertingkatkan kualiti hidup, kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan melalui penghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi berorientasikan budaya inovasi yan berterusan demi mencapai kepuasan dan kejayaan bersama.

Inisiatif kami adalah:

  1. Konsisten dalam mengaplikasikan sumber semulajadi melalui kaedah penyelidikan dan pembangunan terkini dalam menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing;
  2. Berusaha untuk terus memperbaiki dan mencapai tahap kualiti tertinggi dalam keseluruhan aspek perniagaan dan keusahawanan;
  3. Memberi komitmen dan dedikasi sepenuhnya bagi menyediakan khidmat dan sokongan terbaik dari segala aspek untuk memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan agar Eskayvie menjadi pilihan utama bagi meningkatkan kualiti kehidupan;
  4. Memupuk budaya peningkatan kemahiran diri dalam persekitaran yang kondusif bagi warga kerja Eskayvie untuk menjadi lebih produktif dan komited bagi mencapai misi kecemerlangan dan kejayaan yang bertaraf dunia; dan
  5. Memasyarakatkan Eskayvie dalam konsep memperkayaan kehidupan bersama melalui penubuhan Yayasan Eskayvie.


VISI ESKAYVIE

Membudayakan inovasi untuk menjadi peneraju global dalam bidang kesihatan dan kecantikan berlandaskan bioteknologi, kajian dan penyelidikan bagi meningkatkan dan memperkayakan kualiti kehidupan yang lebih cemerlang dan merealisasikan tanggungjawab korporat sosial sejagat.

RASIONAL LOGO ESKAYVIE

Aura pesona warna ungu menjadi pilihan imej korporat Eskayvie pada logonya sebagai lambang kepada nilai eksklusif, kredibiliti dan elegan. Nilai pada logo ini secara tidak langsung menjadikan Eskayvie sebagai sebuah syarikat yang komited, bersiap siaga dan berdaya saing dalam landasan hala tuju untuk menjadi peneraju global industri kesihatan dan kecantikan.

Perinciannya pula yang menggunakan warna putih bagai melengkapi sebagai simbolik kepada kesucian. Ini secara jelas mencerminkan produk-produk berkualitinya yang halal, bersih dan dikilangkan dengan kawalan mutu yang tinggi tanpa kompromi. Dengan menggunakan muka taip ‘Trajan Pro’ pula, logo Eskayvie menonjolkan ciri-ciri elegan dan mesra didekati tanpa batasan. Trajan Pro merupakan gaya lama muka taip serif untuk dilihat supaya mudah dibaca.

NILAI KORPORAT ESKAYVIE

Berdasarkan kepada aspirasi warga kerja dan khalayak luaran, Eskayvie melahirkan nilai-nilai korporat seperti berikut sebagai satu (1) pegangan:

INSAN

INTEGRITI

INOVATIF

KOMITMEN

KERJASAMA

PENCAPAIAN ESKAYVIE

  1. Pengiktirafan dari SME Corp: Syarikat 4 Bintang
  2. Terpilih sebagai “Coach & Grow Programme for Go Global”
  3. SOBA New Inspirational Company:- The Star
  4. Malaysian Branding Certification
  5. Redianze: People’s Choice Award 2014 by Guardian
  6. Redianze: Her World Beauty Award 2014
  7. Fuji Chemical Industry o. Ltd: AstaReal® P2AF Achievement Award