Product was successfully added to your shopping cart.

PROSES PESANAN

Bagaimana Pelanggan Cara Untuk Membeli?

  • Eskayvie.com menyediakan anda cara mudah dan selamat.
  • Jika anda ingin membeli sebarang produk , klik pada butang dan tambahkan produk ke troli membeli-belah anda.
  • Dalam troli membeli-belah, pilihan dan barangan disenaraikan dengan maklumat dan harga setiap produk.
  • Untuk mengeluarkan barang dari troli anda, klik pada kotak pilihan dan tekan "clear shopping cart".
  • Anda juga boleh terus membeli-belah dengan klik pada "continue shopping" di sebelah bawah kiri.
  • Apabila anda sudah bersedia untuk membayar, teruskan ke "Proceed to payment".
  • Pada "proceed to payment", anda akan memasukkan butiran, maklumat peribadi anda dan juga kaedah pembayaran.
  • Sebaik sahaja anda mengesahkan segala proses, pesanan anda akan disahkan.

Pengesahan Pesanan

  • Apabila anda menghantar pesanan dalam talian, kami akan menghantar e-mel untuk mengesahkan penghantaran pesanan anda dalam tempoh 24 jam pada hari perniagaan.
  • Selepas proses logistik selesai, kami akan menghantar notis beserta nombor konsainan melalui email anda.
  • Jika anda tidak menerima pengesahan e-mel dalam tempoh masa ini, sila hubungi kami melalui talian khidmat pelanggan iaitu di 03 - 5511 1050.

Bagaimana Jika Produk Tidak Sampai Kepada Pelanggan?

Tiga (3) sebab produk tidak diterima oleh pelanggan :

  1. Alamat yang diberikan oleh pelanggan tidak tepat.
  2. Pihak kurier tidak memaklumkan kelewatan pada penghantaran item.
  3. Item berkemungkinan hilang semasa dalam perjalanan.
  • Sila periksa status pesanan anda menggunakan NOMBOR KONSAINAN untuk melihat sekiranya pesanan anda telah diproses.
  • Jika pesanan anda telah diproses dan dihantar keluar, pesanan anda mungkin hilang dalam perjalanan.
  • Sila hubungi kami di 603-5511 1050 untuk keterangan yang lebih lanjut.

Adakah Eskayvie Mengambil Pesanan Antarabangsa?

Ya, Eskayvie menyediakan perkhidmatan ke Singapura dan Brunei. Eskayvie akan menyediakan perkhidmatan antarabangsa tempat lain sehingga diberitahu kelak.

Apakah Polisi pemulangan/ penggantian produk anda?

(A) Barang Rosak

  • Hubungi Eskayvie melalui Perkhidmatan Pelanggan di 603-5511 1050.
  • Atau E-mel customerservice@eskayvie.com
  • Eskayvie beroperasi setiap Isnin - Jumaat 09:00 - 06:00 petang.

(B) Tuntutan dan Percanggahan

  • Hubungi Eskayvie melalui Perkhidmatan Pelanggan di 603-5511 1050.
  • Atau E-mel customerservice@eskayvie.com
  • Eskayvie beroperasi setiap Isnin - Jumaat 09:00 - 06:00 petang.